|
D ~ gnius
- Peningkatan IQ & Tumbesaran Prima (Nama Lama D-Brain)
• Rumusan homeopathy yang diformulakan oleh pakar perubatan homeopathy terbukti berkesan memberi faedah kepada kecemerlangan kesihatan dan peningkatan IQ serta tumbesaran kanak-kanak. Sesuai dimakan untuk semua peringkat umur
• Antara keistimewaan :
Mencerdaskan minda Menguatkan daya ingatan Menambah daya kreativiti Menambah daya tenaga mental Mewujudkan ketenangan fikiran Mengatasi masalah bertutur/berjalan Membantu tumbesaran prima Minds stimulation Upgrade memory ability Develop creativity ability To overcome stress problem Healthy mental development ability To overcome hyper active problem Slow ability / progress in child physical development Prima growth Sejarah Latarbelakang D~D-gnius
• D-brain adalah makanan otak yang diformulakan oleh pakar perubatan homeopati Prof Dr. Reckeweg (Pharmazeutische Fabric & Co. Gmbh. Bensheim Germany). Terbukti berkesan menyuburkan otak (meningkatkan fungsi sel otak) dengan menggalakkan rami saraf aksomatik dan aksodendritik pada sel (neuron) otak, seterusnya meningkatkan proses pengawalaturan Central Nerve System (CNS). Produk ini telah dijual formulasinya kepada De Classic Manufacturing (M) Sdn Bhd untuk pasaran negara-negara Asia.
• Tablet D-gnius diformulasikan berasaskan susu kambing atau susu unta dan glukosa serta gabungan garam tisu. Ia tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan tubuh seperti dadah, steroid dan bahan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan apabila diambil secara berpanjangan. Ini bermakna ia selamat digunakan walaupun diambil secara berlebihan.
• Media yang berasaskan susu unta/susu kambing yang digunakan amat berkesan untuk pembinaan tulang, menguatkan otot, meningkatkan fungsi hati dan pembinaan sel-sel darah. Gabungan garam-garam tisu biokimia triturate seperti kalsium fosfat, kalium fosfat dan magnesium fosfat yang terdapat dalam juzuk yang tetap dalam D-gnius akan menyuburkan otak.
Testimoni 1~ Anak Lambat Bercakap
Anak sulong saya berumur hampir 3 tahun, lelaki. Tapi punyai masalah lambat untuk bertutur...perkataan yg lancar dimulut cuma "ayah" "umi" "adik" "susu" "mamam" dah beberapa patah yg lain tapi sukar untuk difahami.
Anak saya yg ke-2 pula sangat keletah, bunyi bicara lebih jelas dari si abang.
Pada minggu lepas, 18/11/05..kak mencadangkan saya untuk mencuba Dbrain, sbb anak dia suka berceloteh selepas mengamalkan Dbrain. Saya mencuba..selepas 2 hari anak saya mula menunjuk reaksi yg positif...dalam perjalanan kami dia mula menunjuk & menyebut semua perkataan yg terlintas di depan mata spt lori, bas, kereta, pokok, juga bertanya soalan itu & ini. Saya sungguh terkejut mulut dia sudah petah bercakap....
Anak ke-2 juga saya teruskan juga memberi Dbrain. Alhamdulillah saya sungguh gembira sbb sebelum ini saya telah mencuba beberapa product lain seperti homeopaty, susu & permakanan kesihatan yg lain, tapi tidak menunjukkan perubahan yg cepat seperti ini.
Puan Rafidah/Shah Alam.
Testimoni 2:
Anak sulong PA baru berumur 2 thn setengah. Sebelum nih, mmg cakap pelat sungguh2...tak fokus, bila di ajar tak nak ikut, buat dekkk jer..pastu hyperaktif sangat2..kuat menangis...dan segala yg seangkatan dengannya.. Pa mula bagi D-Brain nih pada dia awal tahun 2005..mmg dia suka, sebab rasa dia manis..2 biji pagi dan 2 biji malam..constantly bagi..hasilnya..dalam masa 2 minggu dah nampak perubahan..dia lebih fokus bila di ajar..mendengar kata, kalau disuruh tolong buat something cepat2 dia pegi buat, kiranya mmg rajin laa...becok bercakap dan tak pelat lagi..cepat tangkap apa yg diajar dari buku, tv, lagu2 dsb. Even skang nih PA ajar dia anggota tubuh manusia, nama2 haiwan, buah2an, angka2 dalam BAHASA ARAB..dan Alhamdulillah..bila dia nampak haiwan atau kita tanya ttg anggota badan dalam bahasa Arab, dia dah boleh recognise dan sebut..begitu juga dalam bahasa Inggeris.. Ikan=Fish=Samakun...Alhamdulillah...syukur sesangat..dan everyday, dia sentiasa mintak nak makan D-Brain tu..dah kurang kehyperaktifan dia, kurang melalak...dan lebih penyayang serta boleh bertolak ansur.. Skang PA bagik D-Brain pada adiknya yg umur 1 1/2 thn...dia pun sama nk ikut apa2 perkataan yg kakaknya sebut...Alhamdulillah..
Testimoni 3:
Aniz juga ada memberi anak-anak Aniz D-Brain nie, haa siapa dah berkunjung dan berkenalan dgn anak Aniz...haa tahulaa macam mana happeningnya diaorangnie...Yang sulong puteri berusia 4 thn 8 bulan dan kecil putera berusia 1 thn 10 bulan...Bukan memuji tapi setakatnie alhamdulillah kakak laanie dah baca Iqrak 3...dan Aniz sendiri hantar beliau ke Minda Optima utk belajar membaca menggunakan teknik CAHAYAKU...dah boleh membacalaa nampaknya buku-buku cerita yg pendektu...senang sikit kalau bawak diaorg pegi library dah boleh membaca takyah ibu lepak dgn dia kena bacakan buku ceritakan...senang sikit, ye tak? Yang adik..herotu, dianie memang kategori aktif orangnya seblm ambil D-Brain dulu payah juga nak suruh dia meleka...ajar ikut mulut kita bab perkataan-perkataannie payah sket...dia senyumjer tapi payah nak ikut tapi alhamdulillah sejak ambil D-Brain dia dah boleh meleka dgn kakak..melukis...baca buku dgn cara dialaa...kita ajar dah boleh mengikut...memang terserlah kecekapan otak dia...ada saja idea dia, kalau dia sesenyaptu jejagalaa adalah projek dia buattu...berani semacam...penat memang penat melayan happening dua beradiknie tapi itulaa dia masa-masa beharga yang tidak akan berulang...menyaksikan sendiri perkembangan minda, emosi dan motor anak-anak...Syukur alhamdulillah...so yang berminat uk investment anak-anak tambah pula yang jadi DCLtu bolehlaa kita usahakan dr sudut ini untuk membantu kejayaan dan perkembangan anak-anak yang sihat dan pintar...kalau Allah tanya esok lusa mana pie duit nie kita boleh jawab pie beli D-Brain utk manfaat anak-anak, tak gitu?... Bukan ingin memuji anak sendiri tapi nampaknya syukur alhamdulillah nampaknya berbaloi dgn pelaburan yg dibuat disokong juga pengisian lain-lainnya...ilmu yg ibu pelajari ketika menghadiri kuliah turut dipraktikkan...doa...tambahan I'm staying with parents they do help me a lot dlm pengisian anak-anaknie...moga mereka ini mampu dijadikan sandaran...khalifah di bumi Allah...mmertabatkan syiar Islam di akhir zaman...duniawi dan ukhrawi kita usahakan...InsyaAllah...
Testimoni 4:
Anak akak nih darjah 1..tak suka membaca buku..pastu kalau cerita2 dalam tv yg ada sarikata tu, dia slalu suruh mak dia bacakan, sebab tak reti nk baca..pastu kt skolah pun cikgu kata, anak dia nih agak terkebelakang skett pembelajaran..tak concentrate kt kelas..susah nak mengingat nk menghafal.. Akak nih bagi anak dia makan D-Brain 2 biji pagi dan 2 biji malam..bebaru nih dia call..nk order lagik, sebab anak dia dah ada perubahan yg besar..Skang kalo tgk tv, dah tak suruh mak dia bacakan sarikata, dia baca sendri kuat2..pastu kt skolah pun cikgu puji, dia dah boleh baca dan concentrate dalam kelas..aktif menjawab soklan2 yg cikgu tanya dan rajin jugak bertanya soklan2 kt cikgu..kat rumah pun lebih aktif bermain ngan adik beradik yg lain, kalau tak dulu, pasif jer..dan suka membaca buku skarang.. Akak nih pun dah start bagi D-Brain
Testimoni 5:
D-Brain memang bagus untuk bebudak ni..bukan nak puji anak sendiri tapi jeen bagi ke 3 orang anak jeen ni.. alhamdulillah..keputusan peperiksaan penggal pertama untuk anak yg sulung tu amat memberangsangkan..
anak sulung=untuk sekolah pagi dapat no 6 dan sekolah petang dapat no 2.
anak yg tengah= senang nak diajar dan bab matematik memang cekap.
anak yg kecik ni= petah sangat bercakap dan pandai buat ayat sendiri..
insyallah..rasanya jeen tetap berikan d-brain untuk kecerdasan otak mereka.
Testimoni 6:
Saya mula beri anak-anak saya D-Brain 3 bulan yang lepas. Apa yang saya dapati, mereka akan buat sesuatu bersungguh-sungguh, kiranya tumpuan mereka bertambah. Yang agak2 suka mengelat membuat kerja rumah sudah mula menunjukkan bakat.
Yang paling bongsu, hampir 2 tahun 10 bulan, semakin pintar. Pintar dari segi penghafalan. Meniru setiap scene dlm dvd walaupun dia belum pandai bercakap. Tetapi dia boleh ingat apa scene yang seterusnya sambil melakonkan scene-scene tersebut.
Anak-anak saya jarang atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Tidak seperti sebelumnya, mereka bergilir-gilir demam dan dijangkiti tonsilities. Sehingga dinasihatkan untuk mereka buang tonsil mereka kerana saya juga kerap diserang tonsilities. Akibatnya selalulah mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Alhamdulillah, jika ada tanda-tanda untuk mereka demam, mereka dapat sembuh dengan cepat. Secepat 1 hari sahaja, begitu juga dengan yang bongsu. Pernah dia demam panas yang agak tinggi, alhamdulillah, semasa dia mahu tidur, di dalam buaian, saya beri dia makan 2 biji. Demamnya kebah dengan cepat.
Jika anak-anak anda mudah jatuh sakit, tidak mudah didekati, selalu gugup, agak agresif, hyperaktif, cubalah berikan D-brain. Ada juga yang berkata begini..."Pandai buat anak, pandai-pandailah bagi anak pandai.." (maaf jika keterlaluan, namun ada kebenarannya). Ibu-ibu yang mengandung, dan yang sedang menyusu, eloklah amalkan memakan E-brain atau d-brain untuk bayi mereka.
Begitulah jugak dengan E-brain untuk kita yang dewasa. Kita boleh kurangkan rasa stress, tekanan pada mental, dapat fokus dengan lebih baik. Lambat nyanyuk pun iyaaa. Cubalah..tak rugi kita beri makan kepada otak kita agar dia dapat menghasilkan lebih banyak akar dendrite yang diperlukan untuk kita mendapat otak yang cerdas. Orang kita memang majoritinya tidak ambil kesah tentang pemakanan untuk minda ini. Kita cuma pandai melemahkannya sahaja. Ubahlah cara pemakanan kita dan tambahkan lagi makanan untuk minda... Testimoni 6:
Mai banyak baca testimoni kawan-2 lepas bagi anak makan Dbrain.Mai
pun rasa terpanggil nak share dengan kawan-2 pasal pengalaman bagi anak
makan DBRAIN.
Mai ada seorang anak, skrg 13 bulan 1/2, nama Nureen Tihani. Mai
start bagi Nureen dbrain - 28/9/2005 secara berterusan - 2x sehari
sehingga sekarang. Kesan paling ketara ialah pasal kepetahan bercakap.Nureen
dah bleh sebut "Allah","mama","papa","nenek","nyang(moyang)" dengan
jelas, -perkataan tokma, atuk,uncle,auntie dia bleh sebut tapi tak berapa
jelas. Pas tu dia kenal & bleh meniru macam-2 bunyi binatang -
ayam,kucing, itik,cicak, burung,harimau. Paling tak tahan bila masa makan dia
start buat bunyi ayam berkokok dan cakap "nak,nak..sambil tunjuk atas
meja makan.Mula-2 mai tak faham dia nak apa.Rupa-2nya dia nak daging ayam
kat atas meja. hehehe.. Part-2 tubuh badan dia pun banyak dia dah kenal
& setengah2 tu siap bleh sebut lagi - antara yang dia kenal
mata,hidung,mulut, gigi, lidah, rambut,kepala, dagu, pusat,tetek,faraj,ketiak dan
banyak lagi.ada sekali tu mai cakap kat hubby sakit kepalalah...terus
nureen ketuk-2 kepala dia gaya sakit kepala.memang kelakar..
Sekarang dia start gabung ayat macam "nak air","tak nak", "bye
papa", bye mama, membilang "satu,dua,tiga,empat"(ni paling kagum sebab tak
pelat langsung- ), dah kenal huruf2 A,E,M(tak ikut turutan).Semuanya
disebut dengan jelas dan bahasa baku lagi.Kalau nak difikirkan memang tak
sepadan dengan usia dia yang baru setahun lebih. Daripada segi kesihatan
pulak, alhamdulillah memang semenjak dia lahir sampai sekarang, dua
kali sahaja dia demam..tu pun demam pagi, petang dah baik. Kalau nak
cerita pasal nureen ni memang tak habis. Macam-2 benda baru Mai dapati pada
Nureen daripada hari ke hari..Memang seronok...rasanya kawan-2 yang dah
cuba dbrain pada anak-2 mereka akan bersetuju dengan kenyataan mai,
kan?. Mungkin ada kawan-2 yang ingat mai nak berbangga dengan anak
sendiri...tak ada niat,sekadar berkongsi pengalaman.Mai rasa perlu diceritakan
supaya ramai lagi kawan-2 yang dapat menikmati kebaikan DBRAIN ni pada
anak-2. Cubalah dan lihat sendiri kesannya.Tapi mai nak ingatlah agar
kita tak lupa, semuanya itu tidak terjadi tanpa kekuasaan
ALLAH.Alhamdulillah, mai rasa bersyukur dengan kekuasaan-Nya dan ditambah dengan
usaha (D-Brain) dan ransangan sendiri(banyak bercakap dengan dia), Nureen
dah semakin cerdik. Fatimah Maisurah, Kuala Terengganu 017-3280404 Testimoni 7: Testimoni saya selepas 1 bulan memberi anak makan dbrain :
Anak saya berusia 2 tahun 7 bulan....dan menghadapi masalah lambat
bertutur,
perkataan yang hanya dia akan sebut ialah ma ngan abah saja.... setelah
mencuba dbrain selama 1 bulan....apa yang saya dapati dia dah boleh
bertutur
seperti "nak nasi", "nasi ayam", "sup sedap" mengira dari no 1 hingga
10 dan
one to ten, "meja", "nak anggur". Pendek kata, apa yang saya perhatikan
dia
semakin petah bercakap dari hari ke sehari.
Hasil lain yang saya dapat lihat.....daya ingatan dia begitu tinggi
...... malam 15hb lepas, apabila balik dari rumah mak dan melalui pasar
malam
dekat simpang rumah, anak saya kata, "ma, pasar malam", "ma, nak embak"
(dia
minta nak beli pistol untuk dia). Saya lak kata....."lain kali
la.....nanti
ma beli". Masalahnya sekarang, kerana daya ingatan dia begitu tinggi,
setiap
hari saya balik kerja, dia akan menangis minta "ma, beli embak".
Haa.....tu
dia....kan ka dah pening mama dia sekarang ni......kuang!kuang!kuang!. Normila Saad Balik Pulau, Pulau Pinang 013-4129597 Testimoni 8: saya bagi anak saya makan dbrain dalam seminggu... 2 kali sehari...
tapi kadang2 ada missed jugakkk...
memang dbrain sangat2 memberi kesan untuk anak sulung saya (Haziq
namanya).. haziq saya hantar pergi tadika 4 tahun.. umur dia baru jek
cecah 3 tahun 3 bulan..
kesan ketara yg saya nampak jelas sangat.. dia boleh bercakap dengan
lebih petah dan ayat2 dia semuanya betul-betulll jek... contohnya macam
ni... abah dia tanya "Haziq hensem tak...?".. dia jawap.. "hensem...!"
abah dia tanya lagik..."Abah..?" dia jawap.... "Abah laaaaaaagik
hensem...!" hehehe... saya sengih jek... dalam hati saya cakap... ait..!
wahhh dah laaaaaaagik... berbeza lagik dengan laaaaagik tu... dan banyak
lagik laa contoh yg ketara yg saya tak pernah dengar sebelum ni... macam
ayat.. 'yang... ', 'tadi..'
lepas tu lagik... antara yang ketara... tengok tv sekarang ni dah tak
boleh nak concentrate dahh.. sebab apa yg dia tengok tu... habis semua
dia tanya... dah tu siap dah boleh consult adik dia pulak..."adik....
jangan lompat... bahaya.. nanti jatuh kang... berdarah... haa... nanti
sakit... siannn adik... bengkak.. berdarah.." "dahhh jangan lompat....
turun..." sekali adik dia lompat jugak... dia cakap lagik.. "Ya Allah
adik.... dia pergi lompat.. power laa adik ni... tak jatuh pun..." pulak
dahh... ishkkk macam2 laa...
itu part bercakap-cakap... mungkin ada kawan2 kat sini ada yg tak
makan dbrain tapi lagik advance dari anak saya... cuma saya nak citer ni..
sebab dulu anak saya tak macam ni... tak tahulah antara kebetulan ke...
atau apa kan... yg pasti saya bagi anak saya dbrain belum habis lagik
sebotol... ni saya dah dapat voucher 90 hinggit ni... husband suruh beli
dbrain semua dengan voucher tu...
lagik satu part makan.... sejak dua mejak ni... saya dengan husband
memang pelik sangat tengok selera haziq makan... balik sekolah mesti
cari makanan... saya pun setiap kali balik kerja ni.. mesti kena bawak
balik makanan.. roti ke... popiah ke.. bubur McD ke.. goreng pisang ke...
keropok ke.. dia boleh makan habis..! Pernah sekali tu masa mula2 tu..
kitorg tak bawak balik apa2 dia pergi bukak peti ais.. amik telur.. dia
cakap.. "mama.. haziq nak roti telur... mama masak laa roti
telur...haziq lapar laa... cepat laa mama... mama ni lambat laa.." ha... boleh
habis 4 keping roti telur... dasat betul... nak tengok sebulan lagik ni..
badan dia naik ke tak.. sebab dia memang jenis tak kuat makan... dah tu
husband saya siap cakap.. haziq ni sejak mama bagi vitamin putih tu
selera makan dia bagus betullah... dia pun tanya... vitamin apa tu.....
hehehhe... saya pun jawap laa... hehehe... DCL...! Roni, Semenyih 019-3668807 Testimoni 9: “Ayah, baca buku, ayah, baca buku, baca la buku”
tangisan anak bongsuku Muhammad Arif Luqman (pemain
games , panggilan rani_reiki), semakin kuat dan
menjadi-jadi. Sambil tangannya memegang buku Siri
Cepat Membaca “BACALAH ANAKKU” edisi 1. Ayahnya
pulak sedang leka menghadap laptopnya. “Ayah ada
kerja nak buat nih, nanti dah siap ayah bacakan”
kata Ayah. “Nak baca buku dengan ayah, tapi ayah
lambat” jawab si luqman menyusun ayat berhati-hati
dengan sedikit pelat. Esakan semakin kuat dan
menjadi-jadi, Luqman menangis tanpa henti. Bila tengok
luqman menangis, si ayah terus memujuk dan mengajar
Luqman membaca buku “BACALAH ANAKKU”. “A”,
“I”, “U” diulang oleh Luqman. “BA”,
“BI”, “BU”, tangisan menggila tu dah berhenti
diikuti oleh suara lunak-lunak perlahan anak bongsu
kesayangan mengulang perkataan-perkataan yang diajar
ayahnya.
Teringat aku, di usianya 3 tahun kami berikan dia
makan D~Brain, makanan tambahan dari rumusan homeopati
untuk merangsang mindanya. Ditambah pula mempunyai
seorang kakak dan dua orang abang yang umur kesemuanya
berbeza cuma dalam jarak setahun, perwatakan,
pertuturan dan gaya Luqman nampak lebih matang dari
usianya.
Seminggu selepas kami berikan D~Brain, Luqman telah
mula menunjukkan sedikit perubahan. Jadi lebih agresif
untuk bertanya dan bercerita.
Seorang surirumah yang berkerjaya seperti aku, jarang
ada masa untuk melayan kerenah anak-anak walau 24 jam
ada di rumah. Balik je si ayah, Luqman terus bercerita
dan mengajukan pelbagai soalan. “Kenapa ayah balik
lambat sangat, ayah banyak kerja ke? Ayah esok ayah
nak pergi mana? Ayah pergi kerja ke? Ayah pergi kerja
naik apa?” Tak cukup lagi, jam dah menunjukkan pukul
1 pagi. Si ayah dah pun terlelap. Luqman ni belum mahu
tidur lagi. Sambil tangannya menggegarkan tubuh
ayahnya, dia bertanya lagi, “Ayah, jam ayah pukul
berapa?“Ayah yang sedang mengantuk menjawab
perlahan, “pukul 12”, sekadar melayan, walaupun
ketika tu jam menunjukkan jam 1 pagi. Luqman bertanya
lagi, “Ayah beli jam Ayah dekat mana? Esok ayah
pergi kerja pukul berapa? Semalam abg buat aku, aku
nangis” cerita luqman lagi, sedang ayahnya telahpun
lena diulit mimpi…bila tengok ayahnya tak melayan,
dia menambah beberapa soalan lagi sehingga dia mula
naik jemu dan melelapkan matanya.
Satu hari sedang aku duduk leka menghadap komputer,
apa lagi buat bisnes di internet laa..terdengar suara
seorang kanak-kanak sedang
mengira…”one..two..three..four..five….sehinggalah
ten” dengan suara yang pelat. Aku toleh ke belakang,
aku tengok luqman sedang memegang sebuah buku cerita
dalam keadaan terbalik sambil membilang dalam bahasa
inggeris. Terkejut jugak..rasanya tak pernah lagi ajar
dia mengira dalam bahasa Inggeris. Terus dapatkannya
dan suruh dia mengulang mengira. Alhamdulillah,
nampaknya minda luqman semakin hari semakin berkembang
dan cerdas. Sekarang ni apa saja yang didengarnya dari
adik beradiknya yang lain, mahupun yang didengarnya di
tv dan radio, semuanya mudah untuk dia ingat, dan
diulang-ulangnya pula.
Memang telah terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat
membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan
bahan-bahan bacaan yang baik dapat menguasai ilmu
dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
Bagaimana tinggi maksud namanya, tinggi lagi harapan
kedua ibubapanya..aku selalu panggil dia dengan
panggilan Yang Arif Lagi Bijaksana..semoga dia
benar-benar menjadi orang yang cerdik, bijaksana dan
berguna di masa hadapan. Khamisah, Kajang 017-3333995 Testimoni 10:
Seronok dtengaok cerita anak-anak yang dah makan dbrain nih...
sya pun nak kongsi vcerita jugak lah....
Saya pun baru ajer cuba-cuba beri anak-anak makan dbrain nih... tapi
kesannya dah nampak agak ketara....
ok, kan saya ada 5 orang... yang dah diberi dbrain 4 orang... sebab
yang sorang algi tuh baby lagi... kalau bagi takut dia telan terus,
tercekik pulak... hehehe....
ini testimoni anak-anak saya....
Anak yang sulung - 7 tahun
Dia ni ada masalah pertuturan dan autism (tak faham instruction dan
misconduct behaviour)
Saya test dbrain pada dia bermula pada bulan Januari.... hasilnya,
dia dah banyak vocab sekarang.... dan dah banyak bercakap jugak... dah
pandai demand nak macam-macam, tapi bukan mainan lah... benda
makan..... contoh-contoh ayat dia:
1) Ibu, nak pergi Alamanda Putrajaya makan Pizza Hut...(parah ayah
dia.. hehehe...)
2) Siapa nak pergi Alamanda Angkat Tangan?, Saya ... (dia sendiri
tanya, dia sendiri jawab..., tak ker haru tuh...)
3) Ibu, nak makan roti planta...... kalau dulu asyik sebut, "nak
roti" ajer.....
ada banyak lagi... dah tak ingat......
pendek kata dah banyak improvement lah...
4) lagi satu pasal behaviour dia... kalau dulu nak suruh duduk diam
sekejab pun susah sungguh... sekarang nih, kalau makan, dah boleh duduk
diam, dah habis baru bangun....
kat dalam kelas, cikgu dia kata, dah nak buat kerja sekolah dia...
tapi kalau dah habis, merayap ler dia... kalau masa mula-mula masuk
sekolah dulu, memang tak boleh duduk langsung....
kalau dulu, nak suruh menulis, sampai menangis-nangis, tapi sekarang,
dia dah ada minat nak menulis dan mewarna.... tak payah suruh,
kadang-kadang tuh, kalau masa dia nak buat, terus ambik pensil atau warna,
terus buat....
5) kalau dulu, nak minta tolong apaer-aper (bagi instruction) susah
dia nak faham, sekarrang nih, alhamdulillah, kita minta nak buat
sesuatu, dia terus buat, tak payah nak ulang-ulang cakap dan tunjuk apa yang
kita nak.....
Anak kedua, Umur 6 tahun, sekolah tadika.....
Dia dah 2 tahun sekolah tadika, tapi sebelum nih tak termasuk dalam
kategori kanak-kanak pintar..... sejak saya keep on giving him
dbrain..... dia dak berubah....
a) kalau dulu, kat sekolah cikgu dia kata, budak yang pasif dan
pendiam, sekarang nih terlebih aktif dan hari-hari balik dapat 6 bintang kat
tangan dia, saya tanya pasal apa ada 6 bintang, dia kata dia jawab
soalan cikgu 6 kali.... means that he change to an active child....
b) yang nih tak tahan..... dah jadi terlalu banyak cakap.... asyik
nak tanya macam-macam, kitablik almbat kena tanya, kita tak pergi kerja
pun kena tanya...... tapi yang bagusnya, dah jadi PA ibu dia, kenapa?
sebab hari-hari tolong ingatkan ibu dia bila sampai masa makan ubat...
hehehe... pasal ibu dia tak makan dbrain, jadi dah selalu lupa......
Anak ketiga.... belum sampai 5 tahun (4 tahun setengah)
last year hantar dia tadika, tapi tahun nih ayah dia kata tak payah,
sebab takut dia jemu belajar tadika sampai 3 tahun..... so duduk kat
rumah ajer..... tapi hari-hari pi belajar mengaji..... alhamdulillah,
kalau dulu setakat kenal huruf dan nombor, sekarang dah pandai membaca dan
baca iqra' dah agak lancar... dah nak masuk iqra' 3 dalam masa satu
setengah bulan belajar..... dan kat rumah pun, rajin baca buku dan
menulis....
Yang best nyer.... rajin nak tolong ibu dia.... anak perempuan lah
katakan... asyik cakap..." nanti kalau kakak dah besar, kakak tolong ibu
masak, kemas rumah.... dan lalin-lain...." bertuah badan......
Anak ke empat..... baru nak masuk 2 tahun (bulan April nih, cukup
2 tahun)
saya paling seronok tengok perkembangan dia... dalam masa 1 bulan
saya bagi dia dbrain, macam-macam vocab dia dapat..... kalau sebulan yang
lalu, tak tahu nak cakap, tapi sekarang nih dengan pelat dia...
macam-macam yang keluar... contoh:-
a) kalau kaki dia terkapit , dia kata...... "adoi....
kapit...kapit.... akit...akit..."
b) kalau nak sesuatu, makanan atau benda.....dia kata..."nak ikit,
nak ikit....."
c) kalau nak biskut..... dia kata..."kan ikut"
d) kalau nak ikut jalan-jalan pun sama dia kata..."nak ikut... nak
ikut..."
e) banyak lagi... dah tak tertulis....
f) haa.. .satu lagi... kalau dia nampak Mawi kat TV... riuh mulut
dia..... "awi... awi..."
g) yang nih best, setiap kali nak makan atau lepas makan, dia adalah
orang yang akan tolong susun dan simpan kerusi..... just imagine, tak
padan dengan umur baru 2 tahun, tapi rajin betul nak tolong atur dan
susun kerusi... kadang-kadang kelakar tengok, sebab kerusi lebih besar
dari dia..... nasib ler kerusi plastik, ringan......
ok, rasanya setakat nih dulu testimoni anak-anak saya... maaf ler
panjang sikit cerita, banyak sangat sebenarnya nak tulis..... Siti Jawiah, Bangi 016-3234075 Testimoni 11: Terpanggil dengan testimoni kawan2 semua.. saya pun nak share
testimoni juga...
Last month anak baby sitter saya umur 7 tahun tiba2 tak nak pergi
sekolah.. puas dipujuk ..di kasar semua tak jalan... bila ditanya kenapa x
nak pergi sekolah, dia x nak cakap...tp asyik pegang buku matematik
je...seminggu dia tak pergi sekolah.. naik risau mak ayah dia.. saya
belikan dbrain suruh dia dan kakak dia makan.. saya cakap untuk jadi pandai
.. minggu kedua hari pertama mak dia terpaksa hantar ke sekolah dan
tunggu sampai dua jam kat sekolah...petang waktu saya ambil anak saya dia
cakap dgn saya dia x nak sekolah sbb dia tak faham soalan
matematik..cikgu x nak ajar tp suruh dia buat... ooooo... baru lah tahu apa masalah
dia yg sebenar .. sekarang ni kan semua subjek dalam bahasa inggeris
... so saya pun tiap2 pagi janji dgn dia akan ajar dia matematik sebelum
saya pergi kerja ....dan sekarang ni dah makin semangat nak pergi
sekolah..dah nak pergi sekolah naik van sekolah ... pg td mak dia cakap dia
exam matematik dapat 98% ...wow bagus sangat tu... dan kakak dia umur
11
tahun yg ikut makan dbrain pun periksa dapat nombor sembilan.. selama
ni mak dia cakap asyik dapat nombor 20 keatas je... so baby sitter saya
nak order lagi dbrain ni..... Siti Azura, Sunway 019-2732624 Testimoni 12: Nak berkongsi cerita mengenai dbrain
Anak saya yang berusia 7 tahun (darjah 1) memang takberminat langsung kat buku dia..maklumlah anak bongsu agaknya manja sikit. Kalau suruh tengok homework dah awal-awal lari ... memang tak minat..
Sebabkan risau perkembangan pelajaran dia ... dan masih belum tau membaca walaupun dah masuk tadika 2 tahun.. (sebenarnya boleh kalau dia nak tapi tak minat punya pasallll semua tak menjadi).
Saya teringatkan dbrain rasanya boleh membantu...Jadi sayapun cubalah berikan dia mula2 2 biji sekali jee.. tu pun jenuh pujuk sbb dia ni takut kat ubat..tp agaknya manis...dia suka..seronok rasanya...tiap hari dia nak makan. Saya kata ini ubat nak bagi pandai baca dan terangkan serba sedikit..cerita2 menarik.. Selepas habis sebotol...saya rasaa sungguh terharu..sbb dia dah boleh mengeja dan nampak tekun pada buku2 dan pelajaran.
Tiap hari dia yg cuba ambik beg sekolah dan nak buat homework.. saya rasa pelik macam tak percaya..tapi ini memang kenyataan..kita cubalah berusaha.. Dbrain worksssssss...sekarang dia dah boleh membaca dan usaha saya tak sia-sia... Setiap hari dia akan makan dbrain walaupun sebiji sekali makann...
Pada yg belum mencuba saya rasa inilah masanya...dah terbukti.. Puan Norliza, Putrajaya 012-2832859 Testimoni 13:
Saya nak kongsi testimoni untuk D-brain..
Saya mula mengenali produk DCL mulai dari bulan April. Saya membeli dan
memberikan anak saya D-Brain. Anak saya umurnya 6 tahun.. dan di K2 (di
Singapura).
Beliau telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun awal May ni.
Alhamdulillah, keputusan beliau amat memuaskan. Seperti yang tertera di
bawah ini:-
English - 98/100
Mathematics - 96/100
Bahasa Melayu - 100/100 (Markah Penuh)
Akhir tahun lepas, keputusannya :
English - 88/100
Mathematics 90/100
Bahasa Melayu - 75/100
Terus meningkat prestasinya di sekolah. Alhamdulillah. Tetapi saya
tidaklah mengharap sangat pada D-Brain.. sebab ia berfungsi untuk
membantu.... Kira bonus to himlah... Bukan itu sajer,saya meluangkan masa dan
mengambil cuti untuk mengajar dan memberi sokongan moral pada dia saya..
Stress ler education kat Singapura ni.. tinggi sangat... Budak2 ni
manalah tau sangat....
Lagi satu, banyak perubahan yang saya lihat ke atas diri anak saya...
Dah kurang kenakalan dia sikitler (tapi masih nakal lagi)... dulu tak
dengar kata, bila kita marah.. sekarang dah bagus.. mudah dengar kata and
accept kitanya reasoning ngan dia... Dan dah boley baca buku English
dengan sendirinya....
Saya akan meneruskan memberi anak saya D-Brain...
Terima kasih pada D-brain kerana membantu anak saya..
Semoga dgn testimoni ini, sedikit sebanyak membantu semua.
Sya, Singapura Cara Pengambilan :-
• Untuk kanak-kanak yang masih belum bersekolah, 1 biji di waktu pagi, 1 biji di waktu malam. Dikemam di dalam mulut dan cuba elakkan dari mengambil minuman 30 minit dalam selepas ambil D~Brain. Gunakan sudu plastik dan jangan dipegang dengan hujung jari.
• Tidak perlu masuk dalam petisejuk dan jangan letak dekat dengan punca elektrik seperti atas tv, atas vcd player dan sebagainya. HARGA WM: RM39.50 | EM: RM41.50 | BRUNEI: $21.00 | S'PORE: $20.80 KOS PENGHANTARAN : RM5.00 80 Tablets E-g'nius (Dulu dikenali sebagai E-Brain)
Antara Keistimewaan :
- Mencerdaskan Minda
- Menguatkan Daya ingatan (mengurangkan nyanyuk)
- Menambah Daya Kreativiti
- Menambah Daya Tenaga Mental
- Mewujudkan Ketenangan Fikiran/ Mengurangkan Stress
- Membantu Mengurangkan Migrain
- Meningkatkan sistem immunisasi tubuh dan "menjadi seorang lelaki sempurna" untuk orang dewasa serta membantu mengurangkan masalah "morning sickness" (alahan semasa mengandung)
- Mind Stimulation
- Upgrade Memory Ability
- Develop Creativity Ability
- Healthy Mental Development Ability
- Calmness
- To overcome stress Problem
- To overcome Migraine Problem
HARGA WM: RM48.00 | EM: RM53.00 | BRUNEI: $27.50 | S'PORE: $26.00 KOS PENGHANTARAN (sem. malaysia sahaja) : RM5.00 90 tablets
|