|

Mula berjinak-jinak dengan bisnes di internet sejak tahun 2003 lagi. Pengalaman mempromosikan makanan ringan, juadah hariraya dan barangan katalog secara kecil-kecilan di internet, banyak mengajar saya selok belok perniagaan internet.
Dengan bantuan kepakaran sekumpulan juruprogram komputer MYNETBASE yang diketuai oleh suami saya yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan dan pembangunan perisian komputer sejak tahun 1993, satu laman web khas perniagaan internet telah dibina dan diberikan nama Kedai-E.
Teruja dengan beberapa produk DCL yang diwar-warkan di forum Melayu.Com pada tahun 2004 telah mengheret saya ke dunia MLM. Tanggal 13 ogos 2004 adalah tarikh keramat bermulanya kerjaya saya sebagai usahawan De Classic Life (DCL). Suami yang pada mulanya hanya memberi bantuan sokongan laman web, kemudiannya turut sama membantu perniagaan saya setelah mendapat kesan yang sangat baik setelah mengamalkan produk DCL. Dibantu oleh adik ipar saya Hidayat, yang sama-sama berganding bahu menjayakan pesanan dan tempahan dari pelanggan serta downline sejak tahun 2003 lagi.
April 2005, melihat saya melangkah setapak lagi, sebagai sub-stokis kawasan Kajang. Laman web Kedai-E pula diberikan nafas baru dengan memasarkan produk-produk DCL sebagai wadah perjuangan. Walaupun begitu perniagaan kerepek, juadah hariraya dan pelbagai produk sampingan masih lagi kami teruskan di atas permintaan beberapa orang pelanggan.
Mengorak langkah melalui intenet, saya dan suami sama-sama berganding bahu membina rangkaian di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Labuan,Singapura dan kini sudahpun berkembang di negara Brunei. Oktober 2006, kami melangkah setapak lagi sebagai PSD Online. Sehingga 15 mac 2007, kami berjaya membina 1500 pengedar rangkaian, 43 Sub Pusat Servis dan 2 Pusat Servis Daerah berada di bawah naungan Kedai-E.
Sebagai ibu kepada 4 orang kanak-kanak yang masih kecil, sebagai seorang surirumahtangga yang sibuk dengan urusan seharian menguruskan rumah, saya tidak pernah mengganggap semua itu sebagai satu kekangan untuk meneruskan perjuangan dalam perniagaan. Jangan jadikan keluarga sebagai satu sandaran atau alasan. Bak kata pepatah ”Tangan yang menghayun buaian mampu menggegar dunia!”.
Hanya berniaga di internet anda boleh menambah pendapatan tanpa meninggalkan keluarga anda. Mempunyai anak berusia 9 tahun, 8 tahun, 7 tahun dan 5 tahun, saya masih boleh membahagi-bahagikan masa antara anak-anak, suami, urusan rumahtangga dan juga perniagaan saya. Anak-anak tidak pernah ditinggalkan walau ke mana dan atas urusan apa sekalipun. Walau ke ceramah-ceramah anjuran DCL, ke homeparty-homeparty yang diadakan di merata negeri, mahupun keluar mengambil stok atau menghantar pesanan downline dan pelanggan, anak-anak tetap dibawa bersama.
Tujuan kami agar anak-anak ini dapat sama-sama belajar berniaga bermula dari usia yang muda dan sama-sama melalui perit jerih kami dalam membina pendapatan seisi keluarga.
Berkat usaha kami, pengorbanan anak-anak, juga hasil usaha rangkaian usahawan kedai-e dan doa semua, saya telahpun dinobatkan sebagai Pelayak ke 30 Tabung Kereta Percuma DCL pada bulan Oktober 2006 yang lalu. Bak kata Amalina Che Bakri, ”Usaha itu nikmat dan kejayaan adalah hasilnya”.
Kini kami mula menghitung calon-calon pelayak kereta percuma DCL di kalangan usahawan kedai-e.
Akhir kata dari saya, ucapan terimakasih dan syabas kepada semua usahawan cemerlang kedai-e kerana sanggup berpanas berhujan dan bersusah payah demi memberikan khidmat yang terbaik kepada semua pelanggan yang ada. Anda adalah tunggak perjuangan. Tanpa anda siapalah kami...
Terimakasih juga kepada pemimpin-pemimpin atasan kumpulan iaitu CD Christopher Molie, CD Johari Nasir, DD Norashikin Jana serta semua barisan pentadbiran DCL yang diketuai oleh Encik Stapa Haji Omar dan Puan Azlina Abdullah.
Juga tidak dilupakan kepada Pusat Servis Kawasan / Stokis Negeri Selangor iaitu DD Dr. Abdul Rani Harun dan isterinya Kak Nani. Khidmat anda selaku stokis adalah yang terbaik abad ini.
Khas buat suami tercinta Encik Akmaluddin, buah fikiran, tips dan strategi yang dirancang adalah rahsia seluruh kejayaan kumpulan. Sokongan padu yang diberikan dari setiap sudut dan penjuru telah memantapkan lagi perjuangan ini.
Khas buat buah hati pengarang jantung mama, Atiqah Hazirah, Muhammad Arif Aiman, Muhammad Arif Hakimi, Muhammad Arif Luqman terimakasih kerana memahami kesibukan mama dan ayah di dalam proses membesarkan ANAK ANGSA EMAS untuk anda semua.
Berbekalkan ungkapan, ”Perjalanan Beribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama”, saya ingin menyeru anda semua marilah kita bersama meningkatkan ekonomi ummah seterusnya menggapai dan merealisasikan impian bersama DCL!
Jumpa Anda Di Puncak Kejayaan!
|